Rabu, 16 November 2016

Tempat-tempat Menarik

TEMPAT-TEMPAT MENARIK



Jika kesana anda berasa tidak rugi kerana di dalam PULAU PEMANGGIL juga terdapat tempat-tempat yang menarik untuk dikunjungi selain hanya melihat lautan biru sahaja . Antaranya:

Pemandangan Pulau Yang Eksotik
Pantainya yang biru dan jernih bak kristal membolehkan para penyelam skuba melihat keindahan batu karang di dasar laut. Ikan-ikan yang berenang meliuk lentok dengan mudahnya dapat dilihat ketika anda mandi-manda di pantai. Pelbagai spesis gamat laut juga mudah dijumpai dan anda berpeluang  memegangnya dengan tangan anda sendiri!



Pasir pantainya juga putih dan bersih. struktur batuan di Pulau Pemanggil yang besar, eksotik serta bertindan antara satu sama lain merupakan satu lagi tarikan kepada pelancong ke sini, terutama mereka yang suka mendaki. Pendakian tidak terlalu susah dan pelancong yang memanjat ke atas bukit dapat menikmati pemandangan keseluruhan pulau yang indah ini dari tempat tinggi.


Pokok kelapa adalah antara tumbuhan paling banyak tumbuh di pulau ini. Terdapat sebuah bukit batu yang dikatakan menyerupai kepala gajah yang menarik untuk dilihat. Mana tahu kemungkinan bukit batu ini menyimpan sejarah pembentukannya sejak berabad lalu yang penuh misteri dan mitos?






Tiada ulasan:

Catat Ulasan