Rabu, 16 November 2016

Lokasi Dan Agensi

ASSALAMUALAIKUM....
SELAMAT PETANG PADA SEMUA PENGUNJUNG BLOG INI
CERITA PADA HARINI IALAH MELANCONG KE NEGERI JOHOR



Sebut sahaja negeri JOHOR, pasti korang dah terfikir apa yang menarik di sana.. Korang rasa kat JOHOR ada bende menarik tak.? Jawapannya ada. 

SEJARAH PULAU PEMANGGIL



http://pulaupemanggil.blogspot.my/2010/09/asal-usul-pulau-pemanggil.html

LOKASI PELANCONGAN DI PULAU PEMANGGIL








Taman Laut Johor terdiri daripada perairan di sekitar 13 pulau termasuk Pulau Harimau, Pulau Mensirip, Pulau Goal, Pulau Besar. Pulau Tengah Pulau Hujung, Pulau Rawa, Pulau Tinggi, Pulau Mentinggi, Pulau Sibu, Pulau Sibu Hujung, Pulau Pemanggil dan Pulau Aur. Pulau-pulau ini terletak di timur laut pantai di Negeri Johor dan terletak di antara 8 ke 35 batu nautika dari Mersing. Gugusan pulau dan perairan sekitarnya telah digazetkan sebagai Taman Laut dalam tahun 1994 di bawah Akta Perikanan 1985 (Pindaan 1993).

Topografi pulau-pulau ini dicirikan oleh pinggiran pantai yang sempit, meninggi ke rabung dan tubir berbatu. Ketinggian bukit-bukit ini boleh dianggarkan menjangkau sehingga ke 600m di Pulau Tinggi. Pinggiran pantai terdiri daripada pantai pasir halus yang dipenuhi dengan lapisan batu dan pantai lanar yang berpunca dari laut. Sebahagian besar pedalaman pulau dipenuhi hutan, dengan pokok buah-buahan dan kelapa memenuhi sekeliling kampung dan rumah-rumah rehat. Pulau-pulau ini didominasi oleh batu-batu granit yang tidak berbeza atau dilapisi bahan enapan Permian yang terdiri daripada phyllite, batu loh dan batu shal atau batu pasir yang tidak penting. Julat saiz batu-batu bergranit ini adalah dari sebesar bongkah-bongkah hinggalah ke batu-batu buntar yang bersaiz kecil akibat dari pendedahan kepada ombak dan cuaca secara berterusan secara luluhawa. Iklim gugusan pulau ini adalah panas dan lembab sepanjang tahun. Suhunya jarang jatuh di bawah 20°C walaupun pada waktu malam, dan biasanya mencecah 30°C atau lebih pada waktu siang. Kelembapan secara umumnya adalah sekitar 90%. Musim monsun adalah di antara bulan November dan Mac. Pada waktu ini, hujan lebat dan lautan di sekeliling bergelora, sehinggakan gugusan pulau ini sukar dihubungi dengan bot. Aktiviti ekonomi utama di pulau ini adalah pelancongan dan menangkap ikan. Pembangunan pelancongan sebahagian besarnya bertumpu di Pulau Besar, Pulau Sibu, Pulau Tinggi, Pulau Pemanggil dan Pulau Aur.


Daerah Mersing merupakan sebuah daerah pelancongan di mana banyak hotel-hotel dan tempat penginapan disediakan walaupun pekannya agak terpencil dan jalanraya ke Mersing melalui kawasan tanah rancangan kelapa sawit yang luas. Laluan masuk utama ke pulau-pulau adalah melalui jeti Mersing. Terdapat perkhidmatan feri dari Mersing ke Pulau Besar, Pulau Tinggi, Pulau Sibu dan Pulau Rawa (1 jam perjalanan) manakala Pulau Pemanggil dan Pulau Aur (3½ jam perjalanan) perlu ditempah feri lebih awal. Terdapat perkhidmatan feri yang sama dari Tanjong Leman menghubungkannya dengan Pulau Sibu dan Pulau Tinggi (1 jam perjalanan). 

Terdapat juga perkhidmatan bas ekspress dari pekan dan bandar utama ke kedua-dua persinggahan ini. Laluan utama adalah seperti berikut:

• Dari Kuala Lumpur ke Jeti Tanjung Leman (4 jam) atau Jeti Mersing (5½ jam perjalanan).
• Dari Singapura ke Jeti Tanjung Leman (2 jam) atau Jeti Mersing (2½ jam perjalanan). 



AGENSI YANG MENAWARKAN PERKHIDMATAN UNTUK KE PULAU PEMANGGIL
Pelancong juga terus boleh melayari laman sesawang di bawah ini untuk mendapatkan perkhidmatan dan harga yang mampu untuk kesana.

http://www.pakejpulaumalaysia.com/pulau-pemanggil.html





http://ukwaenterprisepemanggil.blogspot.my/













Tiada ulasan:

Catat Ulasan