Khamis, 17 November 2016

Makanan menarik

MAKANAN 

Walaupun Pulau Pemanggil sebuah pulau yang agak terpencil, soal makan dan minum tidak perlu dirisaukan kerana pihak resort menyediakan makanan yang sedap-sedap untuk dinikmati. Ada juga kampung-kampung tertentu sekitar pulau yang membuka kedai makanan bagi memudahkan para pelancong yang selalu berkunjung ketika melakukan aktiviti 'Island Hopping' sekitar Pulau Pemanggil. Aktiviti BBQ juga sering dilakukan oleh para penginap resort. Semua peralatan untuk aktiviti BBQ biasanya disediakan oleh pihak resort sendiri.



Sebelum anda menaiki kapal ke Pulau Pemanggil anda semestinya akan melalui bandar atau pesisir pantai Mersing. Disitu juga mempunyai restoran yang menyajikan makanan menarik serta jarang-jarang dijumpai.


Ini adalah satar ikan. Didalam nya ada kelapa parut dan isi ikan.



Selain itu, terdapat juga keropok lekor buatan orang Mersing.






Jikalau terpesaran di tepi highway ke arah selatan sebelum tol Ayer Hitam, sebelah kanan pasti anda  melihat Kari Kambing 40 hari





Restoran Kari Kambing 40 Hari
215, Kampung Haji Ghaffar,
Bt 5 1/2, Jalan Yong Peng,
Johor Darul Ta'zim

Waktu Operasi :

Setiap Hari 
7:30am - 3.00pm


Jikalau ingin rasa makanan tersebut haruslah datang awal pagi kerana pengunjung terlalu ramai setiap hari

Di Johor juga terkenal dengan Mee Racun


ia terletak di dalam daerah Batu Pahat. Kedai Mee Racun 3G juga terkenal didalam blog 'thevocket'.


Kedai Mee Racun 3GLokasi : No 2, Jalan Timah Sari, Kg Kenangan Dato Onn 1, 83000 Batu Pahat (waze)Waktu beroperasi : Isnin – Sabtu 4:00 pm – 2:00 am

ini adalah link facebook 



di samping itu juga Mee Bandung Muar juga terkenal 


disebabkan namanya yang ade Muar maka mee ini memang yang paling terbaik ada di Muar


Lokasi:

69-A Jalan Abdullah, Pekan Muar 84000, Muar

waktu operasi:

7 pagi - 4 petang



Medan Ikan Bakar Sabak Awor

Terkenal dengan makanan laut yang segar dan besar. Harga di sini juga murah kalau dibandingkan tempat lain. Antara yang terbaik gerai di sini ialah Gerai Wak Jos Ikan Bakar.



ia terletak di Taman Bakariah Indah, Jalan Cahaya 84000 Muar, johor
https://www.facebook.com/pages/Wak-Jos-Ikan-Bakar-Medan-Ikan-Bakar-Sabak-Awor-Muar/347723328602767

Jikalau nak bercerita tempat-tempat menarik di Johor untuk makan memang tidak habis cerita. Jadi pergi sahaja ke negeri Johor dan merasai masakan terutamanya di daerah Batu Pahat dan Muar yang sememangnya terkenal dengan medan selera yang paling sedap. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan