Khamis, 17 November 2016

Tempat Penginapan

TEMPAT PENGINAPAN

Di sana juga terdapat kemudahan tempat tinggal seperti hotel dan homestay.
di bawah ini link untuk homestay dan hotel di PULAU PEMANGGIL dengan harga berpatutan



Syarikat ini juga menyediakan tempat penginapan





pemandangan di luar hotel dan homestay memang menakjubkan bila melihat matahari terbenam.


Jikalau ingin ke Batu Pahat  memang terdapat banyak homestay terutama sekali di kawasan kampung


Homestay ini berdekatan dengan UTHM, jadi senanglah jika anak graduate boleh menginap disini.
http://serisepakathomestay.blogspot.my/

Hubungi:
Siti Zaliha Bt Jawri = 013 720 2837
Muhamat Bin Atan = 013 772 7142


Kalau anda ingin ke Muar Bandar DiRaja



http://www.ibilik.my/short_term_rentals/165730/homestay-bandar-diraja

Aktivit Menarik

AKTIVITI-AKTIVITI MENARIK




Kebanyakkan pengunjung yang datang bercuti ke PULAU PEMANGGIL kerana ingin menikmati keindahan pantai dan air lautnya yang jernih. Selain berehat di hotel atau homestay, pengunjung boleh melakuakan aktiviti ''outdoor'' seperti:

> mandi laut

> snorkeling 


melihat coral dan hidupan laut yang berwarna warni

> scuba driving -


menyelam dilaut sekitar PULAU PEMANGGIL dan melihat pemandangan dasar laut

> jugle trekking


 melihat flora dan fauna yang masih belum terusik

> memanjat cerun


Di Pulau Pemanggil terdapat batu besar sesuai untuk mereka yang suka antiviti yang lasak

> memancing


Bagi para nelayan dan kaki pancing. Pulau Pemanggil menyimpan banyak lubuk rahsia untuk tangkapan hasil laut yang lumayan termasuklah sotong. Apabila tiba musim mencadat sotong, ramai nelayan dan kaki pancing akan menghabiskan masa mereka di laut mencari hasil tangkapan maksimum untuk di bawa pulang. Musim mencandat sotong biasanya berlaku menjelang pertengahan bulan Ogos dan akhir bulan September




Makanan menarik

MAKANAN 

Walaupun Pulau Pemanggil sebuah pulau yang agak terpencil, soal makan dan minum tidak perlu dirisaukan kerana pihak resort menyediakan makanan yang sedap-sedap untuk dinikmati. Ada juga kampung-kampung tertentu sekitar pulau yang membuka kedai makanan bagi memudahkan para pelancong yang selalu berkunjung ketika melakukan aktiviti 'Island Hopping' sekitar Pulau Pemanggil. Aktiviti BBQ juga sering dilakukan oleh para penginap resort. Semua peralatan untuk aktiviti BBQ biasanya disediakan oleh pihak resort sendiri.



Sebelum anda menaiki kapal ke Pulau Pemanggil anda semestinya akan melalui bandar atau pesisir pantai Mersing. Disitu juga mempunyai restoran yang menyajikan makanan menarik serta jarang-jarang dijumpai.


Ini adalah satar ikan. Didalam nya ada kelapa parut dan isi ikan.



Selain itu, terdapat juga keropok lekor buatan orang Mersing.






Jikalau terpesaran di tepi highway ke arah selatan sebelum tol Ayer Hitam, sebelah kanan pasti anda  melihat Kari Kambing 40 hari





Restoran Kari Kambing 40 Hari
215, Kampung Haji Ghaffar,
Bt 5 1/2, Jalan Yong Peng,
Johor Darul Ta'zim

Waktu Operasi :

Setiap Hari 
7:30am - 3.00pm


Jikalau ingin rasa makanan tersebut haruslah datang awal pagi kerana pengunjung terlalu ramai setiap hari

Di Johor juga terkenal dengan Mee Racun


ia terletak di dalam daerah Batu Pahat. Kedai Mee Racun 3G juga terkenal didalam blog 'thevocket'.


Kedai Mee Racun 3GLokasi : No 2, Jalan Timah Sari, Kg Kenangan Dato Onn 1, 83000 Batu Pahat (waze)Waktu beroperasi : Isnin – Sabtu 4:00 pm – 2:00 am

ini adalah link facebook 



di samping itu juga Mee Bandung Muar juga terkenal 


disebabkan namanya yang ade Muar maka mee ini memang yang paling terbaik ada di Muar


Lokasi:

69-A Jalan Abdullah, Pekan Muar 84000, Muar

waktu operasi:

7 pagi - 4 petang



Medan Ikan Bakar Sabak Awor

Terkenal dengan makanan laut yang segar dan besar. Harga di sini juga murah kalau dibandingkan tempat lain. Antara yang terbaik gerai di sini ialah Gerai Wak Jos Ikan Bakar.



ia terletak di Taman Bakariah Indah, Jalan Cahaya 84000 Muar, johor
https://www.facebook.com/pages/Wak-Jos-Ikan-Bakar-Medan-Ikan-Bakar-Sabak-Awor-Muar/347723328602767

Jikalau nak bercerita tempat-tempat menarik di Johor untuk makan memang tidak habis cerita. Jadi pergi sahaja ke negeri Johor dan merasai masakan terutamanya di daerah Batu Pahat dan Muar yang sememangnya terkenal dengan medan selera yang paling sedap. 

Rabu, 16 November 2016

Tempat-tempat Menarik

TEMPAT-TEMPAT MENARIK



Jika kesana anda berasa tidak rugi kerana di dalam PULAU PEMANGGIL juga terdapat tempat-tempat yang menarik untuk dikunjungi selain hanya melihat lautan biru sahaja . Antaranya:

Pemandangan Pulau Yang Eksotik
Pantainya yang biru dan jernih bak kristal membolehkan para penyelam skuba melihat keindahan batu karang di dasar laut. Ikan-ikan yang berenang meliuk lentok dengan mudahnya dapat dilihat ketika anda mandi-manda di pantai. Pelbagai spesis gamat laut juga mudah dijumpai dan anda berpeluang  memegangnya dengan tangan anda sendiri!



Pasir pantainya juga putih dan bersih. struktur batuan di Pulau Pemanggil yang besar, eksotik serta bertindan antara satu sama lain merupakan satu lagi tarikan kepada pelancong ke sini, terutama mereka yang suka mendaki. Pendakian tidak terlalu susah dan pelancong yang memanjat ke atas bukit dapat menikmati pemandangan keseluruhan pulau yang indah ini dari tempat tinggi.


Pokok kelapa adalah antara tumbuhan paling banyak tumbuh di pulau ini. Terdapat sebuah bukit batu yang dikatakan menyerupai kepala gajah yang menarik untuk dilihat. Mana tahu kemungkinan bukit batu ini menyimpan sejarah pembentukannya sejak berabad lalu yang penuh misteri dan mitos?






Lokasi Dan Agensi

ASSALAMUALAIKUM....
SELAMAT PETANG PADA SEMUA PENGUNJUNG BLOG INI
CERITA PADA HARINI IALAH MELANCONG KE NEGERI JOHOR



Sebut sahaja negeri JOHOR, pasti korang dah terfikir apa yang menarik di sana.. Korang rasa kat JOHOR ada bende menarik tak.? Jawapannya ada. 

SEJARAH PULAU PEMANGGIL



http://pulaupemanggil.blogspot.my/2010/09/asal-usul-pulau-pemanggil.html

LOKASI PELANCONGAN DI PULAU PEMANGGIL








Taman Laut Johor terdiri daripada perairan di sekitar 13 pulau termasuk Pulau Harimau, Pulau Mensirip, Pulau Goal, Pulau Besar. Pulau Tengah Pulau Hujung, Pulau Rawa, Pulau Tinggi, Pulau Mentinggi, Pulau Sibu, Pulau Sibu Hujung, Pulau Pemanggil dan Pulau Aur. Pulau-pulau ini terletak di timur laut pantai di Negeri Johor dan terletak di antara 8 ke 35 batu nautika dari Mersing. Gugusan pulau dan perairan sekitarnya telah digazetkan sebagai Taman Laut dalam tahun 1994 di bawah Akta Perikanan 1985 (Pindaan 1993).

Topografi pulau-pulau ini dicirikan oleh pinggiran pantai yang sempit, meninggi ke rabung dan tubir berbatu. Ketinggian bukit-bukit ini boleh dianggarkan menjangkau sehingga ke 600m di Pulau Tinggi. Pinggiran pantai terdiri daripada pantai pasir halus yang dipenuhi dengan lapisan batu dan pantai lanar yang berpunca dari laut. Sebahagian besar pedalaman pulau dipenuhi hutan, dengan pokok buah-buahan dan kelapa memenuhi sekeliling kampung dan rumah-rumah rehat. Pulau-pulau ini didominasi oleh batu-batu granit yang tidak berbeza atau dilapisi bahan enapan Permian yang terdiri daripada phyllite, batu loh dan batu shal atau batu pasir yang tidak penting. Julat saiz batu-batu bergranit ini adalah dari sebesar bongkah-bongkah hinggalah ke batu-batu buntar yang bersaiz kecil akibat dari pendedahan kepada ombak dan cuaca secara berterusan secara luluhawa. Iklim gugusan pulau ini adalah panas dan lembab sepanjang tahun. Suhunya jarang jatuh di bawah 20°C walaupun pada waktu malam, dan biasanya mencecah 30°C atau lebih pada waktu siang. Kelembapan secara umumnya adalah sekitar 90%. Musim monsun adalah di antara bulan November dan Mac. Pada waktu ini, hujan lebat dan lautan di sekeliling bergelora, sehinggakan gugusan pulau ini sukar dihubungi dengan bot. Aktiviti ekonomi utama di pulau ini adalah pelancongan dan menangkap ikan. Pembangunan pelancongan sebahagian besarnya bertumpu di Pulau Besar, Pulau Sibu, Pulau Tinggi, Pulau Pemanggil dan Pulau Aur.


Daerah Mersing merupakan sebuah daerah pelancongan di mana banyak hotel-hotel dan tempat penginapan disediakan walaupun pekannya agak terpencil dan jalanraya ke Mersing melalui kawasan tanah rancangan kelapa sawit yang luas. Laluan masuk utama ke pulau-pulau adalah melalui jeti Mersing. Terdapat perkhidmatan feri dari Mersing ke Pulau Besar, Pulau Tinggi, Pulau Sibu dan Pulau Rawa (1 jam perjalanan) manakala Pulau Pemanggil dan Pulau Aur (3½ jam perjalanan) perlu ditempah feri lebih awal. Terdapat perkhidmatan feri yang sama dari Tanjong Leman menghubungkannya dengan Pulau Sibu dan Pulau Tinggi (1 jam perjalanan). 

Terdapat juga perkhidmatan bas ekspress dari pekan dan bandar utama ke kedua-dua persinggahan ini. Laluan utama adalah seperti berikut:

• Dari Kuala Lumpur ke Jeti Tanjung Leman (4 jam) atau Jeti Mersing (5½ jam perjalanan).
• Dari Singapura ke Jeti Tanjung Leman (2 jam) atau Jeti Mersing (2½ jam perjalanan). 



AGENSI YANG MENAWARKAN PERKHIDMATAN UNTUK KE PULAU PEMANGGIL
Pelancong juga terus boleh melayari laman sesawang di bawah ini untuk mendapatkan perkhidmatan dan harga yang mampu untuk kesana.

http://www.pakejpulaumalaysia.com/pulau-pemanggil.html





http://ukwaenterprisepemanggil.blogspot.my/